Friday, 26 April 2024

EIZAAZ FAREZ - BEKAS JUARA MISTER PLANET MALAYSIA 2014 IMPIKAN MENJADI PAKAR KEWANGAN

        EIZAAZ FAREZ SANG JUARA DAN JUGA IMPIKAN MENJADI PAKAR KEWANGAN

          

              Kali ini kami sempat menemu ramah sang bekas juara Mister Planet Malaysia 2014, Eizaaz Farez, anak muda yang berasal dari Alor Setar Kedah dan juga kini bekerja sebagai pegawai kewangan di sebuah bank yang terkemuka di negara kita. Bila ditanya bagaimana perjalan hidup Eizaaz kini, beliau berkata beliau kini amat fokus dengan kerjaya beliau sebagai pegawai kewangan dan beliau berazam ingin menjadi pakar kewangan mahupun ekonomi pada suatu hari nanti. Bagi mendidik anak muda pada masa kini dari sudut pendedahan kewangan dan perlaburan adalah amat penting sekali apabila kita lihat dari segi perbelanjaan dan kos sara hidup yang kian meningkat pada masa kini.

              Bagi saya pendedahan ini amat penting bagi mewujudkan kesedaran pada anak muda bagaimana pentingnya perancangan kewangan kita. Semasa saya di usia muda ketika saya menyertai pertandingan Mister Planet Malaysia 2014 (MPM2014) ia banyak mengajar saya dari segi tatacara berhujah di masyarakat, meningkatkan keyakinan diri, mendidik diri dengan keazaman, mempromosikan budaya kita dan pengurusan penampilan diri kita. 

              Saya bangga telah menjadi salah daripada juara MPM dan memori ini akan saya simpan sampai bila-bila kerana pertandingan ini banyak mendidik saya bukan hanya sekadar memperagakan tubuh dan pakaian tetapi untuk menjadi sebagai 'Positive Role Model" kepada masyarakat di luar sana. 

Nasihat saya pada anak muda diluar sana, kejar impian anda, tidak mustahil untuk anda kecapi jika dengan penuh keazaman. Jangan putus asa, kehidupan kita adalah satu jalan pelajaran. saya boleh lakukanya dan kenapa tidak anda? 

Kenali Eizaaz 

1) Eizaaz adalah seorang yang .........

Saya seorang yang suka berjenaka, keluarga adalah keutamaan saya dan saya gemar mengembara.

2) Warna Kegemaran Eizaaz?

Warna warna pestel kerana iya membuat saya gembira.

3) Barang yang wajib Eizaaz bawa?

Telefon Bimbit 

4) Apa yang Eizaaz lihat diri Eizaaz suatu hari nanti jika bukan sebagai pakar kewangan?

Ahli Politik

5) Ikon Pilihan Eizaaz

Zeti Akhtar Aziz & Audrey Hepburn  

6) Destinasi Pelancong Kegemaran 

Kepulauan Carribean 

7) Perkara & sikap yang sangat menyingung Eizaaz

Orang yang tidak hormat kepada orang tua

8) Makanan kegemaran Eizaaz

Makanan Thai


Kami mengucapkan Eizaaz semoga berjaya dan terima kasih kerana sudi berkongsi bersama kami






No comments:

Post a Comment